Pages

Monday 21 January 2013

Kewajipan bersama Jemaah Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

ان الشيطان ذئب الانسان كذئب الغنم يأخذ الشاة القاصية والناحية فاياكم والشعاب وعليكم بالجماعة والعامة والمسجد 
 "sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia sepertimana serigala dengan kambing jua, dia akan menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka hendaklah kamu berada dalam jamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid" (riwayat Imam Ahmad)

 Suatu hal yang tidak dinafikan oleh setiap akal yang waras akal fikirannya ialah bahawa Islam itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dalam bidang apa sekalipun, samada di bidang ibadat, mualamalat, undang-undang, politik, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan umatnya menjalankan hukum-hukumnya di dalam semua bidang kehidupan manusia. Hal ini tidak terlaksana tanpa kerajaan yang memikul tanggungjawab itu. Oleh sebab itu, kerajaan atau pemerintah tidak boleh dipisahkan dengan Islam.

 Hari ini, negara kita Malaysia dilema satu proses pemilihan tampuk kepimpinan negara yang baru setelah 55 tahun diperintah oleh kerajaan yang sama sehingga hari ini. Apa yang bermain di fikiran rakyat Malaysia, adakah kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini telah melaksanakan tuntutan-tuntutan sebagai sebuah negara Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bahkan sebuah kerajaan yang adil seperti yang diidam-idamkan oleh seluruh rakyat Malaysia? Tepuk dada tanyalah iman...

 Jika diperhatikan kepada hadith diatas, menunjukkan kepada kita suruhan Rasulullah SAW supaya bersama-sama dengan kumpulan Islam, kerana kita orang Islam yakin bahawasanya Islamlah satu-satunya agama yang mampu memandu manusia kearah kebaikan, kita yakin ajaran Islam yang mampu membawa keadilan serta membentuk sebuah kerajaan yang adil lagi amanah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika mana memerintah Madinah satu ketika dahulu.


 Memang tidak dinafikan, banyak pihak dari muslim sendiri apatah lagi non-muslim yang beranggapan bahawa Islam tidak akan dapat membentuk negara yang adil dan amanah juga kerana mereka beralasan melihat peribadi serta akhlak masyarakat Islam itu sendiri, tidak kira lah di Malaysia bahkan di negara-negara Islam yang lain. Mereka menganggap apa yang diamalkan oleh masyarakat Islam hari ini, itulah yang diajarakan oleh Islam. Pernah satu ketika saya berusaha untuk menarik non-muslim untuk mendekati Islam dan ada juga sahabat-sahabat saya yang lain pernah menceritakan tentang alasan yang digunakan oleh non-muslim adalah seperti yang saya sebutkan tadi.

 Sebenarnya, apa yang kita lakukan atau amalkan setiap hari, bukanlah hanya memberi kesan kepada kita secara individu. Bahkan kitalah yang mencorak imej kepada agama yang kita anuti. Betapa buruknya kita jika amalan kita boleh merosakkan imej Islam dipandangan non-muslim, dan sekaligus memudharatkan kesucian akhlak baginda Rasulullah SAW yang dikenal sebagai seorang yang Al-Amin. Hakikatnya, apa yang diamalkan oleh masyarakat kita hari ini seperti mengikut budaya-budaya barat, rosak akhlak dan sebagainya ini bukanlah apa yang diajarkan oleh syariat Islam, apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, itu hanyalah sikap peribadi seorang muslim yang degil atau kurang memahami akan ajaran Islam.

 Maka tidak bolehlah kita menyalahkan Islam itu sendiri kerana bukan Islam yang buruk, bahkan orang Islam yang tidak amalkan gaya hidup Islam itu yang memburukkan Islam. Sebab itulah betapa pentingnya tanggugjawab kita selaku rakyat, bahkan selaku seorang Islam wajib memilih pemimpin serta 'kumpulan' yang benar-benar mendaulatkan syariat Allah. Dengan adanya pemimpin seperti ini, insya Allah biah(suasana) Islamiah di negara kita makin subur. Sebagai contoh, kuliah-kuliah agama makin diminati, syariat Islam makin diamalkan, hubungan dengan non-muslim semakin baik, kesedaran tentang hukum semakin tinggi dan kesannya, kita akan hidup aman seperti yang dijanjikan Allah SWT.  

 Dengan itu, menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim bersama dengan jemaah Islam yang sentiasa berusaha menegakkan syiar Islam, hukum-hukum Islam, ekonomi Islam serta semua perkara yang berkait dengan suruhan dan tegahan dari Allah SWT. Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran :

ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون
 "dan hendaklah ada dikalangan kamu yang mengajak kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran dan merekalah dikalangan orang-orang yang berjaya"

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud :

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan Islam di dalam satu saf(jemaah) seolah-olah mereka itu dibaratkan sebagai bangunan yang tersusun kukuh" 

Di dalam hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda :

تلزم على جماعة المسلمين وامامهم
"wajiblah kamu bersama jemaah Islam dan pemimpin mereka"

 Sesebuah kerajaan yang bercirikan Islam hanya dapat ditegakkan dengan adanya jemaah Islam dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan jemaah Islam menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam dan menyertai serta memberi sokongan kepadanya juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan. Semoga dengan tulisan yang sedikit ini, mampu memberikan kesedaran yang besar akan tanggungjawab kita selaku rakyat yang muslim. Wallahu ta'ala a'lam :)