Pages

Saturday 9 February 2013

Turkey : Ibrah of Journey (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pertama dan selamanya syukur pada Allah dengan segala nikmat yang dikurniakan. Musim sejuk di Mesir kali ini sedikit sebanyak mendorong diri ini mengingat kembali kenangan terindah berada di bumi Al-Fateh, Turki pada tahun 2012. Maklumlah, pengalaman pertama bertemu salji yang tebal sehingga mencecah -10 selsius..hehe. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba rasa nak kongsikan gambar-gambar & apa yang terbenak dalam hati ketika menziarahi kota tersebut. Mungkin post kali ini ilmu yang berkonsepkan menghayati kehebatan Ilahi. 

Apapun, diantara yang paling menarik adalah tersergam indahnya sebuah binaan besar serta menjadi kemegahan ummat Islam satu ketika dulu (tp bagi saya sampai bila-bila) Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul. Disanalah tempat pertama yang kami lawati setibanya di Turki. Sungguh berbeza jika dilihat dalam gambar berbanding lihat secara 'live' depan mata. SubhanaAllah, masjid yang sangat besar, binaan yang sangat unik, dihiasi penuh dengan tulisan-tulisan kesenian Islam , alunan Al-Quran yang sungguh merdu & yang paling menarik adalah semua yang datang 'taajub' melihat kehebatan Islam.

sudut landscape -Blue Mosque
Negara Turki juga terkenal dengan kehebatan penulis-penulis khat hebat
pandangan sudut potrait



rekabentuk dalaman yang mengkagumkan

ketenangan terpancar sepertimana hakikat sebuah masjid yang diimarahkan
Kemudian perjalanan diteruskan ke sebuah tempat yang juga mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Islam, iaitu Muzium Khilafah Uthmaniah. Disana segala yang berkenaan dengan zaman kebangkitan Islam di zaman Uthmaniah dipaparkan bahkan disana juga diselitkan dakwah kepada non-muslim untuk mengenalkan Islam dengan konsep yang sungguh mantap. Sungguh bangga melihat cara mereka 'berdakwah' sedemikian. Tapi sayang sekali, sesi fotografi tidak dibenarkan disana atas sebab-sebab keselamatan dan disanalah tripod murah saya telah dirampas oleh pihak keselamatan. Apa yang sempat diambil hanyalah diluar kawasan muzium tersebut. Pun jadilaaa....

perkarangan muzium
bukan selalu boleh main salji, manfaatkan nikmat yang diberikan olehNya


pemandangan di kota Istanbul yang dihiasi dengan senibina masjid yang cukup indah
Ini pula Grand Bazar. Sebuah pasar lama yang tersohor di seluruh dunia sejak zaman pemerintahan Turki Uthmaniah lagi. Tempat yang sangat luas lagi menarik, yang dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung dari serata dunia dan mempunyai banyak barangan tempatan dari Turki. Harga barangan disana agak memuaskan, cuma macam biasa lah, kena la pandai tawar menawar..

salah satu laluan masuk ke Grand Bazar
pintu masuk ke Grand Bazar yang ditandai dengan logo kerajaan Turki Uthmaniah, sebuah kerajaan yang pernah memimpin kebangkitan ummat Islam satu ketika dahulu 

bersama Imam PULAPOL dan sahabat Ikhwan dari Mesir
Alhamdulillah, di hari pertama langkah telah dimulai dengan penuh pengajaran yang dapat dipelajari serta banyak kenangan yang dapat diamati dan dihayati. Kami menginap disebuah hotel yang bertaraf 4 star yang berhampiran dengan sebuah masjid yang besar. Banyak cerita serta gambar-gambar yang sebenarnya ingin dikongsikan, namun saya rasa cukup sekadar beberapa gambar serta keterangan yang terpilih yang boleh dikongsikan untuk menggambarkan sedikit sebanyak 'ibrah' perjalanan saya ke Turki.

Apa yang tersangat penting ialah, sesiapa sahaja mampu menjelajah untuk mencari pengalaman baru, namun bukan semua orang dapat mengambil ibrah(pengajaran) dari setiap apa yang dipelajari dari penjelajahan tersebut, lebih-lebih lagi jelajah ke sebuah negara yang amat bernilai history nya bagi ummat Islam. Semoga dengan niat kerana Allah, jelajah bukan hanya suka-suka, shoot gambar bukan hanya sia-sia, namun disana penuh dengan harapan agar dapat berkongsi pengalaman yang mampu mendekatkan diri kita denganNya, InsyaAllah :) part 2 coming soon...

3 comments:

  1. Subhanallah cantik... Bilo ambe nok g jugok nih.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita dapat mengambil ibrah dari keunggulan leadership al-fateh. Mana tahu sultan kita juga mampu mengubah dunia, dengan kepimpinannya sekarang dan yg pasti syabab seperti anta akan membantu kepimpinannya..

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan saudara terus istiqamah menyebarkan ilmu dan berdakwah pada jalan Allah s.w.t. Blog Tinta Pemuda ini, GABPEM akan link di blog GABPEM CENTRE (http://gabpemcentre.blogspot.com/). Ikuti juga blog2 yang telah GABPEM link di laman blog GABPEM CENTRE. Insya-Allah sebagai perkongsian sesama manusia...

    GABPEM CENTRE
    alumnimeheliah@gmail.com
    www.facebook.com/gabpem.centre

    ReplyDelete