Pages

Sunday 10 June 2012

Calon Isteri yang Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang" (Ar-Rum21)

Mengapa Calon Isteri Harus Wanita Yang Baik Agamanya?

Sebab....
Isteri adalah tempat untak membiakkan benih-benih kehidupan dari anak-anak serta ummat yang bakal dilahirkan. Jika buruk sifat atau kelakuan/akhlak ibunya maka akan buruk jugalah sifat atau kelakuan/akhlak anak-anak yang bakal dilahirkannya nanti.

Ketahuilah...
Memang tidak dinafikan bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, bersih sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah SAW seperti kain putih, namun perlu diingat, di dalam hadith tersebut juga Rasulullah SAW menukilkan bahawa kitalah yang bakal mencorak anak-anak tersebut samada mereka mengikut laluan Majusi, Nasrani atau Muslim sejati.

Kenapa...?
Sebab diantara tips dalam mendidik anak supaya menjadi insan yang soleh/solehah dan patuh pada perintah Allah adalah menghidupkan biah(suasana) keluarga yang cintakan Allah dan Rasul. Jika ibunya tidak atau jarang atau susah sama sekali untuk melaksanakan perintah-perintah Allah, maka itu akan memberikan kesan yang agak besar kepada anak-anak mereka. Seperti kata-kata mat salleh "like mother like son".

Lagi...?
Anak-anak adalah warisan turun temurun yang akan menentukan keperibadian dirinya sendiri serta keluarga dan keturunannya hingga ke hari kiamat kelak. Walaupun dalam jangka masa yang dekat kesannya tidak begitu jelas, tetapi percayalah kesannya terlalu menyerlah dalam jangka masa yang panjang dan dengan sebab itu, teramat susah bagi keluarganya untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan di masa lampau. Banyak lagi sebab-sebab kenapa perlu memilih calon isteri dari mereka yang baik agamanya, tapi mungkin ini salah satu sebab yang sangat penting yang perlu saya kongsikan.


Isteri je yang perlu baik agamanya...?
Tidak, begitulah jua jika ingin memilih calon suami. Carilah yang mampu mendidikmu dengan ajaran agama, insya-Allah dia bakal berjaya dalam mendidik anak-anakmu nanti. Sekadar pandangan ringkas :)  

2 comments:

  1. pah kalu hok nikoh doh guaner terrr....

    ReplyDelete
  2. Bismillah...Allah SWT telah berfirman yg bermaksud:

    "adakalanya kamu membenci sesuatu perkara sedangkan ia baik bagi kamu, dan adakalanya kamu menyukai sesuatu perkara sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

    ayat diatas menerangkan kepada kita berkenaa qada' & qadar yang telah Allah berikan kepada kita. Jangan dianggap apa yang kita dapat hari ini, itulah untuk selamanya. Jika buruk hari ini, tidak bermakna buruk selamanya dan jika baik hari ini, tidak bermakna baik selamanya. Kadang-kadang Allah lambatkan sedikit kebaikan, untuk melihat betapa SABARnya kita dengan DIA.

    Sama seperti perkara yang telah lepas, contoh kita telah memilih seorang isteri/suami yang tidak bercirikan mukmin sebenar. Jika kita tidak fikirkan sebetul-betul tentang ayat ini, maka kita tidak mampu melawan perkara yang telah kita buat. Sebagai contoh, apabila kita telah menyedari perkara ini, kita sewajarnya berfikir baik kepada Allah. Allah berikan kepadaku seorang suami/isteri seperti ini mesti ada sebabnya. Adakah kerana memang diri ini layak untuk orang sedemikian atau Allah hadirkan dia supaya aku berusaha dengan lebih tekun beribadah kepada Allah dalam meneruskan hidup berkeluarga.

    Islam adalah agama mendidik bukan menghukum, dimana ada masalah, pada Islamlah seluruh jawapannya. Point inilah yang menjadi dakwah bertulis di beberapa buah negara barat yang menyebabkan ramai orang kristian telah memeluk Islam. Okay, jika sudah berkahwin, hadapilah rumah tangga dengan sentiasa bersangka baik pada Allah. Teruskan hidup bersama keluarga dengan penuh biah(suasana) Islamiah. Mencari calon isteri/suami seperti yang dinda sebut diatas adalah merupakan langkah yang ke 2 dah, seandainya tertinggal jugak, kejarlah langkah yang seterusnya sepertimana yang diajarkan Rasulullah SAW. Didik keluarga bersama suami/ister tercinta, insya Allah suatu hari nanti Allah pasti tunjukkan kebaikan @ kelebihan yang kita cari selama ini... :)

    ReplyDelete