Pages

Sunday 17 June 2012

Israk & Mikraj: Peristiwa yang diabaikan

بسم الله الرحمن الرحيم


Sempena dengan bulan Rejab, bulan yang masyhur di kalangan umat Islam, yang padanya berlaku satu peristiwa yang agung iaitu Israk & Mikraj Rasulullah SAW, peristiwa yang diabadikan oleh Allah SWT melalui Al-Quran dan disebut oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith-hadith sahih. Hari ini kita berada di tarikh yang bersejarah itu iaitu 27 Rejab, meskipun ada berlaku khilaf dikalangan ulamak tentang tarikh yang tepat terjadinya peristiwa agung ini, namun kebanyakan daripada ulamak-ulamak bersepakat tarikh 27 Rejab merupakan tarikh yang sah. Tajuk yang saya lontarkan agak pelik sedangkan kita percaya hari ini umat Islam sangat mudah memperingati tarikh peristiwa ini, kerana teknologi yang canggih yang membolehkan manusia menyebarkan maklumat-maklumat tentang peristiwa ini. Namun sejauh mana penghayatan tentang pengertian peristiwa ini dihayati? Ramai ummat Islam yang tahu tentang perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW, mereka boleh membaca dan melihatnya di buku-buku serta blog-blog yang banyak dikongsikan oleh sahabat-sahabat blogger. Di sini urutan peristiwa Israk dan Mikraj http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html

Peristiwa besar ini menceritakan tentang Nabi kita Muhammad SAW dijemput menjadi tetamu Allah SWT dalam satu lawatan yang besar lagi bersejarah. Kebiasaannya tetamu negara akan dibawa melawat ke bilik gerakan negara untuk melihat segala perancangan dan projek yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan. Mereka hanya akan dibawa melawat ke tempat yang berjaya sahaja. Bahkan tempat-tempat yang tidak berjaya disembunyikan.

Adapun pada malam Israk & Mikraj, Allah SWT membawa Rasul SAW mengikut riwayat yang sahih dengan roh dan jasad, bukan roh sahaja iaitu melalui mimpi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummi Mukminin Aisyah RA dan Muawiyyah bin Abi Sufyan RA. Para ulamak hadith menolak riwayat Aisyah kerana pada masa itu beliau masih kanak-kanak dan para ulamak menolak riwayat Muawiyyah kerana pada masa itu beliau belum lagi memeluk Islam. Pendapat yang sahih iaitu peristiwa Israk & Mikraj berlaku dengan roh dan jasad.

Nabi SAW dibawa melihat alam syahadah, alam yang dapat dilihat dengan mata kasar, alam ghaib, alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Alam barzakh, alam kubur, alam para malaikat, alam mereka yang telah meninggal dunia, alam akhirat, alam bumi dan alam langit. Alam manusia bermula daripada zaman Nabi Adam AS sehinggalah menusia dibangkitkan oleh Allah kembali. Alam ghaib dipertemukan dengan makhluk-makhluk halus iaitu para malaikat, jin, iblis dan syaitan. 

Perjalanan yang begitu jauh dan unik sedangkan ahli sains angkasa lepas mengukur jarak bintang-bintang terlalu jauh. Begitulah jauhnya jarak bintang sedangkan bintang-bintang itu adalah bidasan langit. Al-Quran membuktikan kekuasaan Allah sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia dengan bintang-bintang cakerawala dan Kami jadikan bintang-bintang cakerawala itu serpihan-serpihan(tahi-tahi bintang yang sempit) yang menjadi rejaman kepada syaitan dan Kami sediakan untuk mereka azab yang membakar."(Al-Mulk:5) 

Bintang-bintang itu di langit dunia sedangkan Nabi SAW melintasi kawasan langit yang tertutup sehingga ke Sidratul Muntaha, kawasan yang tidak boleh ditembusi oleh cahaya sehingga malaikat Jibril AS yang mengiringi Rasulullah SAW terpaksa berundur kerana malaikat dicipta daripada cahaya. Sekiranya kita melihat dan merenung ayat yang menceritakan peristiwa ini membawa kita beriman dengan Allah SWT. Ayat "سبحان الذي أسرى بعبده لبلا" yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang menperjalankan hambaNya di waktu malam".

Perkataan "Subha" satu perkataan yang agung di sisi Allah SWT. Betapa besarnya perkataan ini sehingga apabila disebut Subhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar 33 kali selepas menunaikan solat fardhu, diampunkan dosa-dosa yang kecil awalaupun sebesar pasir di bumi. Ini adalah riwayat hadith yang sohih, bukan dari hadith yang dhaif, yang maudhu, yang kebiasaannya terdapat dalam kitab-kitab. 

الطهور شطرالإيمان والحمد لله تملأ الميزان....إلخ
"Suci itu sebahagian dari Iman, dan Alhamdulillah memenuhi timbangan..."(riwayat Muslim)

Allah memulakan peristiwa Israk dan Mikraj di dalam ayat Al-Quran dengan perkataan "سبحان الذي أسرى بعبده لبلا" yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang menjalankan hambaNya di waktu malam". Nabi Muhammad SAW tidak meminta supaya dibawa berjalan dan bukan Nabi yang mencipta perjalanan ini tetapi Allah SWT memperjalankan Nabi Muhammad. Allah SWT Yang Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha Suci ini melakukan Israk dan Mikraj kepada Nabi Muhammad SAW dengan menghapuskan perhitungan masa, segala unsur-unsur duniawi dan segala-galanya. Disebut juga perkataan "hambaNya" didalam ayat tersebut iaitu Nabi Muhammad SAW adalah kerana itu merupakan panggilan sanjungan serta panggilan kemuliaan kepada baginda SAW.

Sebelum Nabi Muhammad SAW dijemput menjadi tetamu Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj, baginda telah diuji oleh Allah dengan tawaran untuk menjadi raja oleh kaumnya, tawaran untuk menjadi pemimpin serta tawaran harta benda yang sangat banyak. Semua tawaran itu ditolak oleh Nabi SAW kerana tidak berlandaskan kepada menegakkan Islam lalu berlakulah kezaliman terhadap keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sehingga ada yang meninggal dunia. Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya bersabar dan tidak menggunakan kekerasan sehingga pada ketika itu, dua orang 'pelindung' baginda meninggal dunia iaitu bapa saudara baginda Abu Talib dan diikuti dengan isteri kesayangan baginda Khadijah binti Khuwailid, Ummi mukminin yang banyak membelanjakan harta ke jalan dakwah Nabi SAW.

 Setelah ketiadaan dua 'pelindung' Nabi SAW itu, maka bermulalah kezaliman terhadap diri Nabi, sehingga menyebabkan Rasulullah berhijrah ke Taif. Apabila sampai di Taif, penduduk Taif bukan sahaja tidak menerima Islam bahkan mereka lebih ganas daripada penduduk Mekah. Rombongan Nabi dizalimi sehingga baginda mendapat luka parah di kepala pada masa itu. Lalu Rasulullah terus bermunajat kepada Allah SWT yang bermaksud:

"Ya Allah, aku mengadu kepadaMu lemahnya aku dan tiada ilmu padaku, Engkau Tuhanku, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas di bumi ini. Adakah Engkau serahkan aku kepada mereka yang tidak mengenaliku dan kepada musuh yang boleh melakukan apa sahaja terhadapMu. Jika sekiranya tiada murkaMu, nescaya aku tidak peduli". 

Munajat Nabi ini membuktikan  tentang kebimbangan Nabi terhadap murka Allah kalau-kalau belum lagi terjalan tugas dengan sempurna oleh jasad yang sudah berdarah dihentam oleh musuh di mana baginda merasakan bahawa baginda belum lagi menjalankan tugas dengan sempurna. Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk mengangkat bukit-bukit Mekah dan Taif untuk dihempaskan ke atas orang-orang yang menzalimi Nabi. Sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap kaum Luth, kaum Thamud, dan kaum-kaum lain.

Apabila malaikat datang menemui Nabi SAW, baginda tidak mengizinkan perkara itu berlaku walaupun mereka itu zalim, jahat dan tidak beriman. Rasulullah SAW percaya, kelak mereka akan melahirkan zuriat-zuriat yang beriman kepada Allah, dan Rasulullah berdoa semoga Allah memberikan mereka yang menzalimi baginda dengan keturunan yang beriman. Sehingga anak penzalim tegar kepada Nabi, Abu Jahal sendiri iaitu Ikrimah telah beriman kepada Allah diikuti beberapa lagi anak-anak mereka yang menzalimi baginda. Betapa hebatnya akhlak Rasulullah SAW sehingga yang menzalimi didoakn kebaikan, apatah lagi yang berbuat baik kepadanya.

Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW dipertemukan dengan para rasul bermula dari Nabi Adam AS. Rasulullah melihat ada rasul yang mempunyai pengikut yang ramai dan da rasul yang mempunyai pengikut yang sedikit, ada rasul yang mati dibunuh iaitu Nabi Yahya dan Nabi Zakaria. Ada rasul yang ditangkap oleh penduduk kampung kemudian dikurung di dalam telaga, diletakkan batu besar diatasnya, ada rasul yang tidak ada pengikut langsung. Inilah perjuangan yang dialami oleh rasul-rasul di zaman dahulu. Betapa hebatnya tadhiyyah mereka yang perlu diikuti oleh para da'ei. Mengajak ke jalan Allah adalah sangat memeritkan, jika ia tiada cabaran, itu bukan jalan dakwah yang sebenar. Allah SWT berfirman yang bermaksud
 "Sekiranya jalan menyeru kebaikan itu mudah dan perjalanannya yang tidak jauh, pastilah mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang hendak dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta".


  Ramai dikalangan kita hari ini, apabila membaca kisah Israk dan Mikraj merasakan ia adalah kisah hiburan semata-mata. Padahal perjalanan Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj sebenarnya itulah perjalanan hidup kita sebelum kita meninggal dunia. Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu sempurna dengan Tuhannya, maka akan sempurnalah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Kita akan menghadapi pelbagai cabaran, sekiranya kita berjaya menghadapinya, kelak kita akan bertemu Allah dalam keadaan berjaya, dan sekiranya kita gagal maka binasalah kita kelak. Wal'iyazubillah. 



Tuesday 12 June 2012

Al-Fateh yang ku kagumi

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit Khandaq "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Sebaik-baik raja adalah rajanya, sebaik-baik tentera adalah tenteranya..." (hadith riwayat Ahmad)

 Bertarikh 27 Januari 2012, diri ini diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Al-Fateh, serta bumi yang pernah menjadi pusat pemerintahan dunia Islam di ketika Islam menggenggam 2/3 dunia. Rasa sangat bersyukur pada Allah akhirnya tanah yang diidam-idamkan untuk dijejaki akhirnya menjadi kenyataan. Hebatnya bumi Istanbul bukan pada kecantikannya, bahkan kerana padanya 1001 sejarah kebangkitan Islam yang boleh dijadikan ibrah dalam mendidik jiwa pemuda pemangkin perjuangan Islam. Kali ini, saya tidak mahu menceritakan tentang perjalanan hijrah saya ke bumi Istanbul mahupun sejarahnya, bahkan pertamanya saya akan menceritakan tentang detik kebangkitan Islam yang dipimpin oleh satu jiwa yang amat saya kagumi dan sanjungi di atas kehebatan beliau dari sudut ilmu, tawaduk, gagah perkasa serta mempunyai tarbiah yang amat suci sehingga mampu membenarkan hadith Rasulullah SAW. Beliaulah Sultan Muhammad Al-Fateh. Mari ikuti kisahnya...

Logo Kerajaan Turki Uthmaniah
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Selat Bosphorus
Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Gambar selingan: Kucing comel di perkarangan makam Sultan Al-Fateh
Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah SAW dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
Makam Sultan Muhammad Al-Fateh
Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

Hebat sungguh dirimu wahai Al-Fateh,
Semoga Redha Allah sentiasa bersamamu...

Sunday 10 June 2012

Calon Isteri yang Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang" (Ar-Rum21)

Mengapa Calon Isteri Harus Wanita Yang Baik Agamanya?

Sebab....
Isteri adalah tempat untak membiakkan benih-benih kehidupan dari anak-anak serta ummat yang bakal dilahirkan. Jika buruk sifat atau kelakuan/akhlak ibunya maka akan buruk jugalah sifat atau kelakuan/akhlak anak-anak yang bakal dilahirkannya nanti.

Ketahuilah...
Memang tidak dinafikan bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, bersih sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah SAW seperti kain putih, namun perlu diingat, di dalam hadith tersebut juga Rasulullah SAW menukilkan bahawa kitalah yang bakal mencorak anak-anak tersebut samada mereka mengikut laluan Majusi, Nasrani atau Muslim sejati.

Kenapa...?
Sebab diantara tips dalam mendidik anak supaya menjadi insan yang soleh/solehah dan patuh pada perintah Allah adalah menghidupkan biah(suasana) keluarga yang cintakan Allah dan Rasul. Jika ibunya tidak atau jarang atau susah sama sekali untuk melaksanakan perintah-perintah Allah, maka itu akan memberikan kesan yang agak besar kepada anak-anak mereka. Seperti kata-kata mat salleh "like mother like son".

Lagi...?
Anak-anak adalah warisan turun temurun yang akan menentukan keperibadian dirinya sendiri serta keluarga dan keturunannya hingga ke hari kiamat kelak. Walaupun dalam jangka masa yang dekat kesannya tidak begitu jelas, tetapi percayalah kesannya terlalu menyerlah dalam jangka masa yang panjang dan dengan sebab itu, teramat susah bagi keluarganya untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan di masa lampau. Banyak lagi sebab-sebab kenapa perlu memilih calon isteri dari mereka yang baik agamanya, tapi mungkin ini salah satu sebab yang sangat penting yang perlu saya kongsikan.


Isteri je yang perlu baik agamanya...?
Tidak, begitulah jua jika ingin memilih calon suami. Carilah yang mampu mendidikmu dengan ajaran agama, insya-Allah dia bakal berjaya dalam mendidik anak-anakmu nanti. Sekadar pandangan ringkas :)  

Syiah: Siapa mereka?

بسم الله الرحمن الرحيم
ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا 

Fatwa Ulama' Syiah :

1) Masjid sunni wajib dirobohkan. Ulama' dan muslim sunni wajib dibunuh.

2) Sesiapa yang mengatakan muslim sunni tidak wajib dibunuh, mereka telah kufur dengan Al-Quran.

Ketahuilah saudara seislamku sekalian, mereka (syiah) sangat berdendam degan kita (muslim sunni). Sepertimana Yahudi membenci kita, begitulah bencinya syiah kepada kita. Mereka merupakan 'senjata' yahudi dalam menjatuhkan Islam yang suci.

Tengoklah nasib saudara kita di Syria sekarang, syiah membunuh mereka, menyeksa mereka, mengaibkan mereka, seolah2 tidak ada nilai langsung disisi mereka. Kejam sungguh Syiah!

Kalau dulu, ketika amerika menyerang Iraq dalam menjatuhkan Saddam Hussin, merekalah (syiah) yang membantu Amerika. Sekarang Iraq telah dikuasai mereka (syiah). Ulamak-ulamak dan imam-imam sunni diseksa, masjid-masjid dirobohkan dan Al-Quran dibakar. Perbuatan mereka saling tak tumpah seperti Yahudi.

Ketahuilah juga saudara seislamku, tentera mereka ialah Hizbullah (baca hizbu syaitan). Tentera ini yang menyerang muslim sunni secara ganas, membunuh kanak-kanak, membunuh wanita, membunuh orang tua, merobohkan masjid, menghina Al-Quran serta merogol wanita-wanita islam. Tindakan mereka 'melawan Amerika' hanyalah lakonan untuk tatapan dunia semata-semata. Buktinya, sekarang mereka bersatu dgan tentera Basyar laknatullah dalam menghancurkan kebangkitan Rakyat Syria. Merekalah juga, yang membantu Amerika dalam menjatuhkan Saddam Hussin di Iraq.

Kejam: Bayi yang dibunuh rejim Basyar laknatullah
Sedarlah saudara seislamku sekalian, katakan TIDAK PADA SYIAH! jauhkan tipu daya mereka (syiah) dari pemikiran kita. Sebarkan kelakuan jahat mereka terhadap saudara kita, agar kita x tertipu dengan tipu daya mereka lagi. Tunjukkan rasa cinta kita pada saudara seislam kita di Syria. Buktikan bahawa kita ini bersaudara dengan mereka sepertimana firman Allah S.W.T :

 إنما المؤمنون إخوة
"sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara...."


Ayuh sahabat-sahabat, simpatilah keatas nasib saudara kita di Syria, dikala kita sibuk dengan urusan diri masing-masing, doakanlah keamanan mereka, nyatakan bantahan kita terhadap kekejaman rejim Basyar. Jangan jadi rantai penyampai berita keburukan terhadap saudara kita di Syria. Biarlah media perdana tidak berpihak kepada mereka, letakkan hati kita bersama mereka. Sentiasa doakan kemenangan mereka.

Ya Allah, Kau berikanlah kami kefahaman yang sbenar dalam menghadapi musuh-musuh Mu, jauhkanlah kami dari tipu daya mereka. Ya Allah, selamatkan saudara kami di Syria! bantulah mereka mencapai kemenangan dalam perjuangan mereka. Kami yakin Ya Allah, pertolonganMu sangat hampir...

وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

"...katakanlah, telah datang kebenaran, maka tumbanglah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu sentiasa tumbang"

Tuesday 5 June 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Rasulullah SAW


"Sesungguhnya bagi kamu seorang Rasul sebagai ikutan yang baik..."

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN 
-Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.

USIA 6 TAHUN 
-Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
-Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 
-Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
-Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
-Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
-Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 
-Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
-Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN 
-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
-Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
-Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
-Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 
-Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. 
-Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
-Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 
-Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 
-Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
-Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 
-Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 
1. Khadijah Binti Khuwailid 
2. Saudah Binti Zam’ah 
3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
7. Zainab Binti Jahsy 
8. Maimunah Binti Harith 
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin' Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra’